Subscribe:

Menggegarkan Dunia Melalui Kerusi Roda


SYEIKH AHMAD YASSIN



Mungkin anda semua kenal lelaki di dalam gambar tersebut. Ia adalah Syeikh Ahmad Yassin. Beliau dibesarkan di sebuah kampung bernama al-Jora, daerah Majdal dalam wilayah Asqalan pd tahun 1938. Beliau dan keluarganya terpaksa berhijrah ke semenanjung Gaza. Membesar sebagai pelajar yang cemerlang dalam bidang akedemik malah amat aktif dalam bidang sukan. Tidak hairanlah beliau menjadi pelajar yang paling di sayangi oleh guru-guru sewaktu di sekolah. Pada zaman muda, beliau ditampa kemalangan yang menyebabkan beliau lumpuh pada bahagian kaki.
Pada tahun 1964, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Ain Shams di Kaherah, namun pengajiannya tergendala disebabkan beliau dipenjara selama sebulan oleh pihak Berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan Ikhwan al-Muslimin pd tahun 1966. Akhirnya beliau dihantar pulang ke Gaza dan ini tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan beliau bergerak aktif memperjuangkan Islam sebagai seorang guru bahasa Arab dan juga Khatib di Masjid Gaza.
Selama usahanya sebagai pendakwah yang telah gigih mendidik anak-anak muda dan remaja, beliau telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang diberi nama Mujamma al-Islam pd tahun1973 yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin. Pada tahun 1987 pula telah menyaksikan Syeikh Ahmad Yassin dan rakan-rakannya telah menubuhkan HAMAS sebagai gerakan pembebasan Islam. Ini kerana Negara Arab tidak lagi berminat untuk memerdekakan Palestin dan Masjid Al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin mengikut telunjuk rejim Zionis.

Sepanjang perjuangan jihad beliau, rumahnya selalu bertukar tempat malah penjara menjadi singgahannya. Kesan penahanan oleh pihak rejim Zionis, beliau mengalami lumpuh seluruh badan kecuali kepala sahaja. Beliau juga mengalami hilang penglihatan mata kanan dan juga kekaburan penglihatan pada mata kiri selain masalah pendengaran akibat deraan dan seksaan yang dialaminya. Sept 2000 menyaksikan tercetusnya Intifadhah kedua selepas perdana menteri israel, Ariel Sharon mencemarkan Masjid Al-Aqsa bersama 200 tenteranya dengan menaiki Masjid Al-Aqsa denagn kasut. Ia memberi impak yang besar terhadap rejim Zionis.

Namun, pada subuh 22 March 2004, pihak Zionis menyerang Syeikh Ahmad Yassin semasa beliau dalam perjalanan pulang dari masjid selepas selesai solat Subuh secara berjemaah. Tiga buah roket yang dilancarkan dari Apache ke arah beliau yang lumpuh lagi tidak bermaya. Anaknya turut menemui syahid di situ bersama 3 orang yang lain.

SUBHANALLAH!!! Zionis yang pengecut itu sanggup membunuh seorang yang tua dan juga lumpuh dengan cara yang PENGECUT!!!

Selawat Arab Dan Melayu


صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Rabiul awal naik cahaya tinggi
Bulan purnama ia zahiri
Terang maujud timur barati
Sekelian di langit ucap selamati

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Wahai saudara hendaklah kita ingati
Bulan maulud kita memperi
Bulan yang mulia lagi berseri
Oleh kelahiran nurul Muhammadi

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Nabi Muhammad seorang yang mulia
Pada tahun gajah lahir ke dunia
Rabiul awal memancar cahaya
12 haribulan kata ulama’

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Rasulullah itu Utusan Rahman
Mengkhabar apa tuhan berfirman
Kea lam dunia mempermasukkan iman
Supaya beroleh hidup yang aman

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Susah dan payah ia lalukan
Sedikitpun ia tak rasanya segan
Kerana menghambur isi al-Quran
Supaya dapat kita amalkan

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Al-Quran itu mukjizat nabi kita
Sebagai panduan umat manusia
Jangan dilalai jangan dilupa
Segala perintah wajib dijaga


صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Patutlah kita membesarkan nabi
Selawat dan doa serta kenduri
Malam dan siang jangan peduli
Terimalah kita hari akhiri

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Berperilah kami sifat kemegahan
Patuh dan taat sunnah al-Quran
Sedikit pun jangan kita abaikan
Supaya termasuk golongan beriman

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Ya Allah berkati usia kami
Bertuah fahilat ruhul Muhammadi
Di dalam ibadat berkekali
Zaman dihadap hingga akhiri

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Ibadatlah kita serta pintakan
Sampai ke maulud tahun hadapan
Di situlah pula Islam besarkan
Baca dan doa apa ceritakan

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Akhirnya kita ceritakan ucapan
Membangkitkan nabi akhiri zamani
Untuk tersedar masa akan datang
Tamatlah ia dengan wassalam
Malaysia Cheap Web Hosting