Subscribe:

Selawat Arab Dan Melayu


صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Rabiul awal naik cahaya tinggi
Bulan purnama ia zahiri
Terang maujud timur barati
Sekelian di langit ucap selamati

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Wahai saudara hendaklah kita ingati
Bulan maulud kita memperi
Bulan yang mulia lagi berseri
Oleh kelahiran nurul Muhammadi

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Nabi Muhammad seorang yang mulia
Pada tahun gajah lahir ke dunia
Rabiul awal memancar cahaya
12 haribulan kata ulama’

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Rasulullah itu Utusan Rahman
Mengkhabar apa tuhan berfirman
Kea lam dunia mempermasukkan iman
Supaya beroleh hidup yang aman

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Susah dan payah ia lalukan
Sedikitpun ia tak rasanya segan
Kerana menghambur isi al-Quran
Supaya dapat kita amalkan

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Al-Quran itu mukjizat nabi kita
Sebagai panduan umat manusia
Jangan dilalai jangan dilupa
Segala perintah wajib dijaga


صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Patutlah kita membesarkan nabi
Selawat dan doa serta kenduri
Malam dan siang jangan peduli
Terimalah kita hari akhiri

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Berperilah kami sifat kemegahan
Patuh dan taat sunnah al-Quran
Sedikit pun jangan kita abaikan
Supaya termasuk golongan beriman

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Ya Allah berkati usia kami
Bertuah fahilat ruhul Muhammadi
Di dalam ibadat berkekali
Zaman dihadap hingga akhiri

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Ibadatlah kita serta pintakan
Sampai ke maulud tahun hadapan
Di situlah pula Islam besarkan
Baca dan doa apa ceritakan

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Akhirnya kita ceritakan ucapan
Membangkitkan nabi akhiri zamani
Untuk tersedar masa akan datang
Tamatlah ia dengan wassalam
Malaysia Cheap Web Hosting