Subscribe:

Perjalanan Sufi


Latarbelakang
Seorang Sufi biasanya dia tidak mengaku dirinya Sufi. Yang pasti , seseorang yang tidak dibimbing oleh seorang atau lebih Nabi a.s tidak selayaknya menganggap dirinya Sufi. Terkadang , mereka yang sampai ke maqam yang tiada maqam pun hanya mengaku dirinya salik (pemula jalan kesufian). Mereka yang dibimbing sampai ke maqam yang tiada maqam tentunya diajari oleh Allah s.w.t sendiri.
Perjalanan Hidup Ahli Sufi
Selalunya mereka akan melalui inisiasi (initiation) contohnya pada awal perjalanan mereka akan bermimpi musyafahah ( bersalam) dengan ummahatul mukminin Saidatina Aisyah ( dalam kes Sh. Abdul Qadir Jilani rah. beliau bermimpi menyusu ( sebagai seorang bayi) dengan Saidatina Aishah r.anha) . Dalam perjalanan peningkatan maqam , mereka akan dihadiahkan khirqah atau jubah oleh guru mursyid mereka – dalam kes Sh. Al-Busiri ( pengarang Selawat Burdah) beliau bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w langsung diberi hadiah sehelai burdah kepadanya. Mereka diajari oleh Allah s.w.t untuk mengamalkan zikir dan wirid berdasarkan pemerhatian (pembukaan) yang telah ditunjuki oleh Allah s.w.t , contohnya mereka akan melihat jasad mereka yang sedang sakaratul maut memberi salam “ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ilayaumilkiyamah” ( kaki kanan beri salam kepada kaki kiri , tangan kanan memberi salam kepada tangan kiri dan seterusnya) – maka , mereka pun menggunakan salam ini kepada orang-orang yang dikasihi mereka.
Allah s.w.t akan memberi nama rahsia kepada mereka sebab nama yang diberikan oleh ibubapa mereka tidak menepati kehendak Allah s.w.t atau mungkin Allah sengaja ingin merahsiakan nama mereka dikalangan manusia sendiri. Ini dibuktikan dengan pelbagai riwayat dimana nama para anbiya’ termasuk nama Rasulullah s.a.w sendiri diberi oleh Allah s.w.t melalui mimpi . Dikalangan sahabat nama Saidina Ali kar. juga diberi oleh Allah s.w.t kepada ibunya melalui mimpi. Dalam perjalanan hidupnya mereka akan mengalami mikraj – seperti Nabi s.a.w sebab perkara ini adalah sunnah . Ada beberapa mod mikraj : satu mikraj dalam mimpi , satu lagi ketika melaksanakan solat (selalunya akan berada di Sidratul Muntaha ) dan satu lagi ketika melakukan zikir atau dalam keadaan pengsan sebab rindu-dendam kepada Allah s.w.t ( selalunya ke bawah Arsy ). Isra’ pula selalunya dilaksanakan ketika solat juga iaitu menghantar roh memasuki Kaabah .
Seseorang ahli Sufi itu akan mencapai haqqul yakin sebab Allah s.w.t memberi peluang untuk dia melihat surga, neraka , Sidratul Muntaha ( dan melihat penempatannya di situ) titian syirat dan lain-lain. Sebahagian besar menyingkapan ini berlaku ketika ahli Sufi ini melakukan zikir atau puji-pujian kepada Allah atau ketika membaca Selawat , samada diiringi oleh para malaikat , dibawa oleh Nabi s.a.w atau para sahabat baginda dan para wali qutub. Dia akan dibimbing oleh gurunya untuk melaksanakan solat daim ( sentiasa membawa zikir ) dan duduk dalam keadaan sentiasa fana’ atau lebih tinggi lagi fana’ baqa’ billah. Dia tahu kedudukan menginati Allah s.w.t diwaktu pagi dan diwaktu petang sebab dia dapat meletakkan kepentingan itu untuk melihat wajah Allah (masimum dua kali dalam sehari ) disruga nanti. Dia dapat menyelami keadaan mengapa jika kita buat satu bulatan ( contohnya ketika bertahlil atau membaca Yasin) tidak dibenarkan seseorang duduk di dalam bulatan itu- apa yang ada di tengah bulatan itu dapat dilihatnya.
Keadaan ( atau hal ) seorang Sufi
Seseorang ahli Sufi dapat membuktikan apa yang orang awam selalu ditanya dan tidak dapat menjawab : apa buktinya Fatihah itu Ummul Kitab? Dengan membaca Fatihah kepada seseorang Nabi a.s atau malaikat , Nabi a.s atau malaikat itu terus hadir dihadapannya –itulah pembuktiannya. Hal atau keadaan seorang Sufi sentiasa menuju kea rah insanul kamil (atau nafsu kamaliyah). Jika dia berada lama dalam hal ini , diharus turun balik ke nafsu mutmainnah kerana menjadi tugasnya untuk bercampur dengan manusia dan menyebarkan misinya untuk membawa manusia mengenal Allah s.w.t. Dia membawa nubuwwah dalam wilayah , kerana wilayah itu lebih am (general) dari nubuwwah. Dia rapat dengan al-Quran dan memahami hakikat al-Quran dalam dirinya – itu sebabnya akalnya bernama aqal Qur’ani ( ini terbukti mengikuti sunnah sebab Nabi Muhammad s.a.w sendiri dihuraikan oleh Saidatina Aisyah r.a sebagai Quran berjalan) . Antara hal-hal yang pelik berlaku ialah Quran turun dari langit terus masuk ke kepala dan dadanya ( dua peristiwa yang berbeza) selalu pada suatu malam Jumaat atau ketika waktu khutbah Jumaat . Dengan prasyarat (dalam bentuk tajalli ini) ini dia akan dapat memahami makna batin al-Quran (selain daripada makna zahir yang boleh dipelajari dari tulisan para Imam –imam mufassirin yang terkenal seperti Ibn Kathir , al-Qurtubi dll) , had dan mathla’nya. 4 dimensi al-Quran ini pula melambangkan pendedahan tentang rahsia alam nasut (makna zahir) , alam malakut (makna batin) , alam jabarut ( hadd) dan alam lahut ( mathla’). Dalam makam-makam dan waktu tertentu ahli Sufi ini akan diajari oleh salah seorang dari 25 nabi-nabi a.s . Itu sebabnya Ibn Arabi menulis kitab Fusus al-Hikam untuk menerangkan dan menghuraikan hikmah-hikmah para anbiya’ tersebut untuk ahli Sufi akan datang kerana hikmah mengatasi ilmu pengetahuan manusiawi. Dia dapat dengan inayah Allah s.w.t mengosongkan jiwanya untuk menerima hikmah ini kerana ilmu kenabian dan wilayah adalah ilmu yang tidak berdasarkan akal melainkan diganti oleh Allah s.w.t dengan akal Qur’ani , bukan akal biasa yang berfikir mengikut hukum fizik ( sebab musabab).
Diantara bukti atau tanda kenaikan maqam seseorang ahli Sufi ialah penerimaan khirqah (jubah) atau mungkin burdah (serban atau kain penutup kepala) . Ini selalunya diterima atau disampaikan oleh gurunya daripada orang lain . Dengan memakainya dia akan dapat bertabarruk dan dapat mengalami hal (keadaan) orang yang pernah memakainya – contohnya dapat melihat cahaya Dzat Allah s.w.t seperti yang dialami Nabi Musa a.s . Penyingkapan lain antaranya ialah mengalami dan menyelami zaman.
Malaysia Cheap Web Hosting