SYAIR RABI’AH ADAWIYAH KEPADA KEKASIHNYA
Cawan arak serta kawan minumku ada tiga,
Kerinduan dalam kasih adalah aku dan itu Rabi’ah,
Cawan arak yang nikmat dan manis telah dituangkan,
Dalam gelas hidupku, begitulah sketsa kehidupan insan,
Jika aku melihat, tidak nampak olehku kecuali dia,
Bila aku hadir, dia dengan setia menemaniku,
Wahai orang-orang yang mencemuhku,
Telingaku bukan untuk mendengar cemuhan kalian,
Demi Allah… Aku hanya mencintai kekasih sejatiKu,
Malam-malamku terbakar kerinduan, merayuMu,
Air mataku kering oleh rindu padamu,
Kepedihan ini tiada akhir dan tanpa hujung,
Diam tak terpejamkan, didera rinduku padaMu.
Kecerianku, wahai kawan, adalah saat sendiriku,
Dimana Kekasih Sejatiku selalu menyertaiku,
Wahai dambaan kehidupan dan kebahagiaanku,
Semangat dan layu hidupku bergantung kepadaMu,
Wahai penyembuh hati dan muara pengharapan,
Wujudkan kasih dan kerinduanku pada DiriMu.
Ku cinta Engkau, wahai Kekasihku, dengan dua cinta,
Cinta kerana dorongan hasrat dan naluri kewanitaanku,
Dan cinta yang memang Engkau berhak atas cinta diriku,
Adapun hasrat yang mendorong cintaku kepada DiriMu,
Membuat diriku masyghul berzikir dan mengingatmu,
Sedangkan cintaku yang Engkau memang berhak atasnya,
Menuntun diriku, untuk menyelak tirai penghalai dariMu,
Agar aku dapat melihat wajahMu,
Wahai Kekasihku… Maka, tiada pujian yang layak diterima, untuk, dan demi diriku,
Namun, segenap pujian, adalah untuk dan demi DiriMu semata-mata.
Tebas Pokok Pandan Nak Cari BERLIAN? MENGARUT!
-
[image: Tebas_Pokok_Pandan_Nak_Cari_BERLIAN]
Baru-baru ini terserempak dengan sebuah artikel di Facebook yang
mencadangkan pokok pandan sesuai untuk di...
7 years ago