Subscribe:

DUHAI PUTERIKU

DUHAI PUTERIKU………

Keremajaanmu menyegarkan pandangan, melimpahkan nyaman pada malam..

Cahaya keriangan di wajah untukmu dan untukku.. Muslimah..

Mu adalah kilauan senjata yang menawan….

Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis…

Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan…

PUTERIKU…..

Dengan keremajaanmu… Kau bias menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran…..

DUHAI PUTERIKU……

Balikkanlah ccermin di hadapanmu barang seketika… Palingkanlah wajahmu barang sejenak…

Berkatalah dalam diri.. Kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekan dunia…

Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana’ belaka…

Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan…

Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun dilangit….

Sedarilah… Hidupmu ini hanyallah cebisan dari erti kehidupan..

Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri..

Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa…

PUTERIKU…

Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu…

WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI…

Salutilah tubuhmu dengan iman.. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan…

Usah merasa resah lalu menyolek diri.. ingikan wajah yang lebih indah..

Bersyukur dan bahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t…

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI…

Renung dan resaplah kegaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah s.w.t…

Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut disegenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan…

GADISKU…

Bersihkanlah hatimu… Kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan..

Jannah itu bukan mimpi tanpa rialiti…

Dunia hanyalah persinggahan… Akhirat itu akan kekal abadi…..

SYAIR RABI’AH ADAWIYAH KEPADA KEKASIHNYA

Cawan arak serta kawan minumku ada tiga,
Kerinduan dalam kasih adalah aku dan itu Rabi’ah,
Cawan arak yang nikmat dan manis telah dituangkan,
Dalam gelas hidupku, begitulah sketsa kehidupan insan,
Jika aku melihat, tidak nampak olehku kecuali dia,
Bila aku hadir, dia dengan setia menemaniku,
Wahai orang-orang yang mencemuhku,
Telingaku bukan untuk mendengar cemuhan kalian,
Demi Allah… Aku hanya mencintai kekasih sejatiKu,
Malam-malamku terbakar kerinduan, merayuMu,
Air mataku kering oleh rindu padamu,
Kepedihan ini tiada akhir dan tanpa hujung,
Diam tak terpejamkan, didera rinduku padaMu.

Kecerianku, wahai kawan, adalah saat sendiriku,
Dimana Kekasih Sejatiku selalu menyertaiku,
Wahai dambaan kehidupan dan kebahagiaanku,
Semangat dan layu hidupku bergantung kepadaMu,
Wahai penyembuh hati dan muara pengharapan,
Wujudkan kasih dan kerinduanku pada DiriMu.

Ku cinta Engkau, wahai Kekasihku, dengan dua cinta,
Cinta kerana dorongan hasrat dan naluri kewanitaanku,
Dan cinta yang memang Engkau berhak atas cinta diriku,
Adapun hasrat yang mendorong cintaku kepada DiriMu,
Membuat diriku masyghul berzikir dan mengingatmu,
Sedangkan cintaku yang Engkau memang berhak atasnya,
Menuntun diriku, untuk menyelak tirai penghalai dariMu,
Agar aku dapat melihat wajahMu,
Wahai Kekasihku… Maka, tiada pujian yang layak diterima, untuk, dan demi diriku,
Namun, segenap pujian, adalah untuk dan demi DiriMu semata-mata.
Malaysia Cheap Web Hosting