Subscribe:

Amalan Menemani Mayat Di Dalam Kubur.

Amalan Menemani Mayat Di Dalam Kubur.

Setelah itu, dilapangkan kuburnya sejauh mata memandang. Datang kepadanya seseorang yang tampan dengan baju yang baik dan aroma yang harum. Orang itu berkata, “Berbahagialah dengan kemudahan yang diberikan kepadamu. Inilah hari yang dijanjikan padamu”.

Dia berkata kepada orang itu,”Siapa kamu? Wajahmu Nampak baik.” Dijawab,” Aku amalan solehmu. Engkau selalu bersegera mentaati Allah dan enggan melakukan maksiat kepadanya. Maka Allah menggandakan kepadamu dengan kebaikanmu.”

“Wahai saudara dan saudari, dikatakan kepadanya,”Akulah amal solehmu, akulah solatmu, akulah kebaikanmu dan akulah sedekah yang pernah kau infaqkan. Akulah tangis dan rasa takutmu. Akulah umrah dan hajimu. Akulah bacaan Al-Quranmu, Akulah jihadmu fi sabilillah.”

“Ketika seorang Mukmin menyaksikan amalannya datang berupa seseorang berwajah tampan, dia gembira. Ketika dia mengamati sekeliling, nescaya dia sedar kuburnya menjada lapang. Disediakan pembaringan darinnya syurga.”

“Ketika dia melihat bajunya, dia sedar baju itu dari syurga. Dia juga yakin bahawa nikmat yang dia rasakan di alam kubur itu sama sekali bezanya dengan nikmat syurga. Maka dia berdoa kepada tuhannya,”Wahai tuhan, segerakanlah kiamat, sehingga aku dapat kembali kepada keluarga dan hartaku.

Malaysia Cheap Web Hosting