Orang yang soleh merasa rugi dengan datangnya kematian kerana mereka tidak dapat menambah amalan soleh. Mereka ingin agar di panjangkan umur untuk menambah darjat dan membanyakkan kebaikan.
Abdurrahman Bin. Al-Aswad menangis ketika ajalnya datang. Ditanya kepadanya,” Apa yang membuatmu menangis, padahal engkau begini (memiliki keutamaan dalamdalam ibadah dan kekusyukan, zuhud dan tawadhuk)?” Dijawab,”Aku menangis, demi Allah, kerana kasihan dengan solat dan puasaku.” Kemudian dia membaca al-quran hingga meninggal.
Yazid ar-Ruqasyi juga menangis ketika ajal menjemputnya. Dia berkata,” WahaiYazid, siapa yang mensolatimu ketika kamu mati? Siapa yang mahu berpuasa untukmu? Siapa yang mahu meminta keampunan atas dosa-dosamu.” Setelah itu, dia mengucap syahadat dan meninggal dunia.
Inilah gambaran sakaratul maut di kalangan ahli ibadah. Mereka menjauhi pembaringan di waktu sahur. Mereka takut terhadap suatu hari, saat hati dan pandangan di bolak-balikkan. Mereka dikuburkan di dalam tanah dengan diredhai oleh zat yang Mengetahui Segala Rahsia. Inilah gambaran sakaratul maut dikalangan orang Mukmin. Apa yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih cekal.